Thursday, August 4, 2011

Kualiti minyak kelapa dara

Apakah yang terkandung di dalam minyak kelapa dara (VCO) sehingga boleh menyembuhkan berbagai penyakit degeneratif? Pertanyaan ini sering kali muncul dalam perbualan seharian. Disebabkan itu, banyak pihak yang ingin mengkaji untuk meneliti kandungan VCO. Dari hasil beberapa kajian, ternyata minyak kelapa dara (VCO) mengandungi rantai struktur lemak / fatty asid yang kaya dengan ” lauric Oil” yang memberi kebaikan minyak kelapa dara dalam menjaga kesihatan tubuh serta sangat berkesan dalam menyembuhkan berbagai penyakit yang membawa maut, seperti kanser, penyakit jantung, obesiti, dan strok. Di samping itu, kandungan antioksidan di dalam minyak kelapa dara (VCO) adalah sangat tinggi. Sebut sahaja tokoferol dan betakaroten, ia berfungsi untuk mencegah penuaan dan menjaga keseimbangan tubuh.

Seperti yang telah diketahui oleh ramai, bahawa nenek moyang kita secara turun-temurun telah membuat minyak kelapa dalam kegiatan seharian. Namun, yang menjadi pertanyaan, apakah benar minyak tersebut boleh dikatakan sebagai minyak kelapa dara (VCO) ? Tentunya hal ini harus merujuk pada kualiti yang dibuat oleh penyelidik. Namun, sampai saat ini, penyelidik (melalui Badan Penyelidikan Nasional) belum dapat membuat kualiti yang terbaik untuk minyak kelapa dara . Sebagai rujukan, kita boleh berpegang pada Asian and Fasific Coconut Community (AFCC) dan Philipine National Standards (PNS) dengan kod PNS/BAFPS No.22:2004. Kedua-dua badan ini telah membuat standard kualiti minyak kelapa dara VCO, baik dilihat dari produk mahupun proses pembuatannya.

Kandungan asid lemak, terutamanya asid lemak rantai sedang, lebih tinggi pada minyak kelapa dara (VCO) dibandingkan dengan minyak kelapa. Asid lemak rantai sedang inilah yang berkhasiat sebagai ubat. Asid lemak yang paling penting di antaranya lauric asid (C-12), capric asid (C-8),dan asid miristat (C-14).

Menurut AFCC, proses pembuatan minyak kelapa dara (VCO) tidak melihat kepada proses dengan pemanasan atau tidak. Hal yang terpenting iaitu minyak kelapa dara (VCO) dihasilkan dari kelapa segar dan sudah matang serta hasil yang diperolehinya (minyak) tidak berubah. Oleh yang demikian, minyak kelapa yang dihasilkan dengan tradisional dan pemanasan bertingkat masih boleh dikategorikan sebagai minyak kelapa dara (VCO). Namun, PNS memberikan kualiti yang lebih tepat lagi, di antaranya iaitu bahawa minyak kelapa dara (VCO) tidak dihasilkan melalui proses kimia refining, deodorizing dan bleaching (RDB).


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...