Sunday, July 31, 2011

Punca dan jenis penyakit gastrik

Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan berlakunya penyakit gastrik . Di bawah adalah antara faktor yang menyebabkan berlakunya masalah gastrik
  • Penggunaan kerap ubat penahan sakit bagi melegakan kesakitan tertentu seperti aspirin, ibuprofen dan naproxen
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan
  • Pengambilan kokain
  • Merokok
  • Stres
  • Gangguan autoimun
  • Penyakit crohn
  • Radiasi dan kemoterapi
  • Makan atau minum bahan-bahan menghakis seperti racun
  • Pengaliran semula hempedu ke dalam perut
  • Rembesan asid gastrik yang berlebihan
  • Jangkitan kuman/parasit, terutamanya di kalangan mereka yang lemah sistem ketahanan badannya
  • Lain-lain masalah perubatan seperti HIV/AIDS, penyakit buah pinggang.
Terdapat dua jenis penyakit gastrik seperti diterangkan di bawah:
  • Akut, apabila keradangan berlaku secara mengejut lazimnya disebabkan oleh gabungan klasik mual dan rasa panas membakar atau ketidakselesaan pada bahagian atas abdomen/hulu hati.
  • Kronik, terjadi secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang, cenderung menyebabkan kesakitan dan rasa terlalu kenyang atau hilang selera makan selepas makan sedikit.
Jika telah mengalami masalah gastrik , dapatkan segera ubat gastrik yang sesuai untuk mengelakkan keadaan menjadi lebih teruk. Terdapat pelbagai bentuk rawatan gastrik sama ada secara ubat moden atau ubat gastrik tradisional .

Rawatan gastrik yang telah terbukti

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...