Sunday, August 21, 2011

Kebaikan habbatus sauda

Kebanyakan masalah kesihatan manusia ketika ini adalah berpunca dari masalah yang sama, samada infeksi oleh mikro-organisma seperti bacteria, virus, parasit dan kulat. Jika menggunakan pengubatan secara klinikal (ubatan allopatik), setiap kesan atau petanda penyakit akan di rawat secara berasingan, dan selalunya menggunakan ubatan yang di furmulasi secara kimia yang mengandungi alkohol dan beberapa kandungan bahan berbahaya.

Kebaikan habbatus sauda
ialah habbatus sauda berkesan dalam merawat tubuh dari secara keseluruhan serta bertindak ke atas punca sebenar sesuatu penyakit itu. Khasiat minyak habbatus sauda membantu dalam menyelaraskan kembali sistem pertahanan tubuh badan sama ada pada waktu ia terlalu lemah ataupun pada ketika keadaannya terlalu kuat.

Kebaikan habbatus sauda yang lain ialah ia sangat cemerlang dalam merawat penyakit-penyakit berkaitan masalah hormon dan alahan yang kronik. Secara am, kegunaan serta manafaat habbatus sauda adalah terlalu banyak.

Habbatus sauda juga membantu sistem metabolisma, memperbaiki sistem pencernaan, menurunkan paras kandungan gula dalam tubuh. Ia akan membantu menyahkan segala cacing dan parasit dari dalam saluran usus.

Habbatus sauda berguna dalam melegakan sakit kerongkong , batuk, asthma, selsema, mengatasi keradangan, memperbaiki dan melancarkan peredaran darah, menambah pengaliran susu badan, membekalkan tenaga segera, menambah jumlah bilangan sperma, menstabilkan sistem tunjang, mengalakkan pertumbuhan rambut sekaligus menghalang keguguran rambut, mengatasi kulit berkedut, menambah ‘tone’ badan, disentri kronik, diabetes mellitus, dan banyak lagi kebaikan habbatus sauda .

Sunday, August 7, 2011

Penyakit batu karang - pengenalan

Penyakit batu karang dalam buah pinggang dan hempedu (kidney dan gall bladder) bukan penyakit baru tetapi juga dihadapi oleh orang tua-tua kita dan mereka telah menemukan banyak kaedah dan rawatan batu karang .

Batu karang di buah pinggang dan saluran kencing.

Penyakit batu karang dikenali dalam istilah perubatan sebagai kalkulus dan penyakitnya disebut nefrolitiasis.

Penyakit batu karang terbentuk daripada pemendapan jasad-jasad hablur garam kalsium, asid urik dan beberapa zat lain. Bentuk dan saiznya berbeza; ada yang serupa bujur telur ayam, lonjong, tajam, halus atau berbutir-butir. Penyumbang atau kerosakan yang disebabkan wujudnya batu karang ini boleh menimbulkan rasa yang amat sakit di kawasan pinggang atau kawasan organ seks.

Rasa sakit ini disebut kolikrenal (renal colic). Batu karang yang pecah juga boleh menjadi punca berlakunya pengumpulan bakteria.

Penyakit batu karang lebih cenderung berlaku pada mereka yang sudah lanjut usia, penghidap gout, mereka yang alami jangkitan bakteria di saluran kencing dan mereka yang menghidap penyakit metabolik (penyakit yang disebabkan oleh ketiadaan atau kekurangan enzim tertentu yang diperlukan untuk metabolisme asid amino, karbohidrat dan lain-lain).

Batu karang hempedu adalah jenis Batu karang yg boleh juga terdapat di pundi hempedu, duktus sistik dan duktus hempedu. Keadaan ini juga disebut kolelitiasis. Ia lebih sering berlaku pada wanita yang pertengahan atau lanjut usia dan yang guna pil perancang keluarga. Kolesterol, pigmen (bilirubin digluoronida), atau gabungan pigmen, protein dan garam galian (misalnya kalsium) yang terdapat dalam cecair hempedu membentuk hablur dan seterusnya mengeras menjadi batu karang yang mempunyai saiz berbeza-beza.

Gejala-gejala kolesistitis akut ialah rasa lemah badan, hilang selera makan, demam dan rasa sakit sebelah kanan badan sekitar bawah tulang rusuk akhir menjalar ke bahu kanan. Rasa sakit juga terasa di hempedu apabila menarik nafas. Penyumbatan di duktus hempedu sesama pula menimbulkan jaundis, kolik biliari dan kolangitis.

Saturday, August 6, 2011

Lagi info mengenai minyak kelapa dara

Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI) !!!
Dr. John J. Kabara, Professor Emeritus, Michigan State University and Consultant to Private Industries, Universities and Government Agencies, Galena, Illinois, USA http://www.coconutoil.com/John%20Kabara.pdf

" Minyak Kelapa Dara adalah Minyak Paling Menyihatkan di dunia"
Dr. Bruce Fife, Doktor Naturopati – USA

" Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat-sifat anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit"
Dr. John J. Kabara, Professor Emeritus, Michigan State University and Consultant to Private
Industries, Universities and Government Agencies, Galena, Illinois, USA.

" Minyak Kelapa Dara adalah makanan berfungsi yang memberi pelbagai khasiat kesihatan"
Dr. Mary Enig, Universiti Maryland USA


Minyak Kelapa Dara adalah 100% Organik, diakui oleh Doktor di seluruh dunia tentang khasiat minyak kelapa dara , bersifat anti virus & anti bakteria, boleh merencatkan virus HIV, tiada kolestrol, tidak menyebabkan kegemukan, menurunkan darah tinggi & kencing manis, tiada kesan sampingan, Diakui di seluruh DUNIA sebagai makanan berfungsi pada abad ke 21. Oleh itu tidak perlu diragui lagi khasiat minyak kelapa dara .

Fakta : Minyak Kelapa Dara telah mendapat pengakuan FDA di Amerika Syarikat dan dimasukkan didalam daftar GRAS (Generally Regarded As Safe) dan disahkan selamat untuk dimakan.

Friday, August 5, 2011

Apa itu minyak kelapa dara

Apakah sebenarnya minyak kelapa dara ? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran.

Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara . Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.

Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara , pakar-pakar barat terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.

Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati antara khasiat minyak kelapa dara ialah:

  • meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
  • meningkat kadar metabolisma badan
  • anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
  • anti oxida semulajadi
  • meningkat fungsi kelenjar tairoid
  • melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
  • tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
  • meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
  • berupaya menurunkan berat badan
  • meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
  • membekal sumber tenaga dengan cepat
  • melembab dan melembutkan kulit
  • mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
  • mengurangkan kesan keracunan makanan
  • membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
  • menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
  • mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
  • mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
  • mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
  • mengurangkan risiko dan kesan demam
  • mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
  • mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
  • mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
  • mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air

Ingin dapatkan minyak kelapa dara berkualiti ? Klik di bawah

minyak kelapa dara bio asli

kelebihan minyak kelapa dara

Thursday, August 4, 2011

Kualiti minyak kelapa dara

Apakah yang terkandung di dalam minyak kelapa dara (VCO) sehingga boleh menyembuhkan berbagai penyakit degeneratif? Pertanyaan ini sering kali muncul dalam perbualan seharian. Disebabkan itu, banyak pihak yang ingin mengkaji untuk meneliti kandungan VCO. Dari hasil beberapa kajian, ternyata minyak kelapa dara (VCO) mengandungi rantai struktur lemak / fatty asid yang kaya dengan ” lauric Oil” yang memberi kebaikan minyak kelapa dara dalam menjaga kesihatan tubuh serta sangat berkesan dalam menyembuhkan berbagai penyakit yang membawa maut, seperti kanser, penyakit jantung, obesiti, dan strok. Di samping itu, kandungan antioksidan di dalam minyak kelapa dara (VCO) adalah sangat tinggi. Sebut sahaja tokoferol dan betakaroten, ia berfungsi untuk mencegah penuaan dan menjaga keseimbangan tubuh.

Seperti yang telah diketahui oleh ramai, bahawa nenek moyang kita secara turun-temurun telah membuat minyak kelapa dalam kegiatan seharian. Namun, yang menjadi pertanyaan, apakah benar minyak tersebut boleh dikatakan sebagai minyak kelapa dara (VCO) ? Tentunya hal ini harus merujuk pada kualiti yang dibuat oleh penyelidik. Namun, sampai saat ini, penyelidik (melalui Badan Penyelidikan Nasional) belum dapat membuat kualiti yang terbaik untuk minyak kelapa dara . Sebagai rujukan, kita boleh berpegang pada Asian and Fasific Coconut Community (AFCC) dan Philipine National Standards (PNS) dengan kod PNS/BAFPS No.22:2004. Kedua-dua badan ini telah membuat standard kualiti minyak kelapa dara VCO, baik dilihat dari produk mahupun proses pembuatannya.

Kandungan asid lemak, terutamanya asid lemak rantai sedang, lebih tinggi pada minyak kelapa dara (VCO) dibandingkan dengan minyak kelapa. Asid lemak rantai sedang inilah yang berkhasiat sebagai ubat. Asid lemak yang paling penting di antaranya lauric asid (C-12), capric asid (C-8),dan asid miristat (C-14).

Menurut AFCC, proses pembuatan minyak kelapa dara (VCO) tidak melihat kepada proses dengan pemanasan atau tidak. Hal yang terpenting iaitu minyak kelapa dara (VCO) dihasilkan dari kelapa segar dan sudah matang serta hasil yang diperolehinya (minyak) tidak berubah. Oleh yang demikian, minyak kelapa yang dihasilkan dengan tradisional dan pemanasan bertingkat masih boleh dikategorikan sebagai minyak kelapa dara (VCO). Namun, PNS memberikan kualiti yang lebih tepat lagi, di antaranya iaitu bahawa minyak kelapa dara (VCO) tidak dihasilkan melalui proses kimia refining, deodorizing dan bleaching (RDB).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...