Friday, February 13, 2009

Internetwork Marketing - perkahwinan campur yang unik

Internetworking Marketing, satu konsep yang aku rasa mungkin takdelah baru sangat tapi jarang2 digunakan term ni walaupun dah banyak konsep digunakan.

Term ni merupakan perkahwinan campur antara Network marketing (MLM) + Internet. Dua elemen yang akan menjadi antara perkara utama terutama kepada mereka yang ingin menjalankan bisnes internet.

------------------------------------------------------------------
Network Marketing (MLM) tetap menjadi pilihan ramai kerana:
------------------------------------------------------------------

i) Bisnes yang murah untuk disertai dan dijalankan

ii) Industri ini telah mengaut keuntungan lebih
US$100 bilion

iii) Disenarai antara 3 industri paling penting
untuk abad ke-21

iv) 35% jutawan malaysia adalah jutawan MLM

v) Bisnes yang disarankan oleh Robert Kiyoski
dan Donald Trumph

------------------------------------------------------------------------
Bagaimana Internet boleh menolong menjalankan Network Marketing :
------------------------------------------------------------------------

i) Untuk mereka yang segan/tak suka nak call sedara or member2 untuk join bisnes yang tengah dijalankan.

ii) Beroperasi 24 jam dengan laman web. Sesiapa sahaja boleh mendapat info di laman web anda bila-bila masa sahaja.

iii) Prospek berterusan hanya melalui hujung jari anda dan dari keselasaan rumah anda. Tanpa
perlu bersemuka anda mampu mendapatkan prospek, malah mungkin ketika anda sedang berehat atau mungkin tidur

iv) Membuat follow up prospek anda secara automatik dan tersusun melalui tool seperti autoresponder

v) Lebih masa bersama keluarga


Kalau nak malumat lanjut lagi, korang boleh search kat Internet, Internetwork marketing. Banyak maklumat korang akan jumpa. Mulakan langkah pertama bisnes internet anda !

Sunday, February 1, 2009

Autoresponder, akhirnya siap juga aku setup..

Setelah bertungkus lumus beberapa hari untuk memasang sendiri
autoresponder di web hosting yang aku sewa, akhirnya berjaya
juga aku setup. Ada problem sket bila nak setup 'cron job' kat
web hosting. Tapi solve gak, silap script sket.

Kepada yang otai mungkin kejap je buat, tapi sebagai first timer
memang kelam kabut sket bro. Nasib baik ada panduan web
jualan dari Sdr Amirul yang aku beli dari salah sorang reseller
beliau.

Sebenarnya aku nak guna autoresponder ni untuk salah satu bisnes
Internet MLM aku. Nak memudahkan aku follow-up prospek.
Dulu tak organize sket bila nak buat email follow-up. Dan banyak
yang tak terfollowup.

Autoresponder follow up secara automatik semua prospek.
Ada je prospek masuk, aku terus masukkan dia dalam sistem
autoresponder tu. Nanti dia akan dapat email follow up aku
2-3 hari skali secara automatik. Kurang sket pening kepala aku
dalam buat kerja dari rumah ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...