Monday, May 6, 2013

Sunday, September 30, 2012

Punca BUASIR yang perlu kita tahu

Di antara punca buasir yang biasa adalah seperti berikut. Semoga menjadi serba sedikit panduan untuk mengelakkan penyakit buasir yang menyeksakan ini.

1. Cirit birit kronik dimana selalu keluar dan masuk tandas

2. Kurangnya pengambilan makanan berserat dalam diet harian seperti sayur dan buah-buahan yang menyebabkan najis keras atau sembelit

3. Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama

4. Batuk yang teruk

5. Mengangkat berat

6. Regangan yg optimum/terlampau semasa pergerakan usus atau dalam bahasa mudahnya perut korang rasa macam dipulas-pulas.

7. Selalu makan mekanan pedas 


Di bawah adalah beberapa lagi punca penyakit buasir secara lebih detail:

Tekanan (pressure)


Saluran darah venus pada bahagian anus dan rektum adalah sangat sensitif kepada tekanan. Penambahan tekanan ini boleh menyebabkan berlakunya buasir. Sebenarnya buasir hanya berlaku kepada manusia sahaja kerana manusia secara azalinya berdiri atas dua kaki. Ini akan memberikan tekanan pada saluran venus pada kawasan dubur sebanyak 3 kali ganda berbanding apa yang dialami oleh binatang-binatang lain yang berjalan menggunakan empat kaki.

Selain itu, tekanan dalam perut yang menyebabkan pertambahan tekanan di bahagian dubur juga adalah faktor utama berlakunya buasir.

Duduk ataupun berdiri dalam jangka masa yang terlalu lama

Orang yang selalu terpaksa duduk ataupun berdiri dengan lama lebih berkemungkinan untuk mendapat penyakit buasir ini. Berdiri menyebabkan berlakunya peningkatan dalam tekanan, menyebabkan saluran venus membengkak atau terkeluar.


Sembelit 

Untuk maklumat lanjut boleh ke blogpost saya mengenai sembelit penyebab buasir. Sila ke klik sini


Najis yang besar serta kering memerlukan teranan kuat untuk membuangnya. Ini akan menyebabkan berlakunya peningkatan tekanan kepada saluran venus di bahagian dubur, menyebabkannya membengkak serta menjadi buasir. Sekiranya ada buasir dalaman pada masa tersebut, ia berkemungkinan akan ditolak keluar.


Berat badan berlebihan

Berat badan berlebihan memberikan tekanan yang lebih kepada saluran venus.


Mengandung


Mengandung adalah adalah penyebab utama penyakit buasir kepada wanita muda. Buasir berlaku bila adanya tekanan yang meningkat disebabkan rahim yang membesar. Selain itu, bekalan darah wanita yang mengandung sememangnya meningkat lebih daripada biasa. Ini dengan sendirinya memberikan sedikit tekanan kepada saluran venus. 
Hormon yang hadir semasa wanita mengandung pula akan menyebabkan otot-otot menjadi lebih "relax", dan ini memburukkan lagi keadaan. Ditambah pula dengan fakta bahawa proses mengandung itu sendiri selalunya menyebabkan berlakunya sembelit. Wanita yang mengandung perlu minum air yang banyak untuk membantu mengurangkan masalah ini.


 ****************************************************

Ingin mencari ubat buasir yang telah terbukti berkesan ?
Sila klik ubat buasir mujarab untuk 1Malaysia



*****************************************************

Saturday, September 29, 2012

Penyakit BUASIR - penyakit dibahagian dubur

Buasir adalah merupakan penyakit yang biasanya terjadi pada bahagian dubur. Penyakit buasir dapat dikesan dengan adanya berlaku pembengkakan pada saluran dubur. Biasanya, pesakit buasir akan mengalami kesakitan disebabkan tekanan otot dubur ke atas bengkak tersebut hingga menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi amat perit. Bengkak yang terjadi adalah disebabkan oleh pengembangan saluran darah di bahagian dubur atau ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur. Selain daripada bengkak pada saluran dubur, pendarahan semasa membuang air besar juga terjadi disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Penyakit buasir ada dua jenis iaitu buasir dalaman yang merujuk kepada bengkak buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur. Jenis kedua pula ialah buasir luaran di mana bengkak terjulur keluar dari bahagian dubur. Kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku secara berasingan atau serentak.


Jangan biarkan buasir anda ke tahap ini !

Adalah dianggarkan sebanyak 50 peratus daripada penduduk di negara-negara Barat akan mendapat buasir selepas mencapai umur 50 tahun. Buasir juga sering terjadi di kalangan ibu-ibu mengandung disebabkan oleh janin yang membesar di dalam rahim ibu yang menekan saluran darah pada kawasan dubur sehingga menyebabkan berlakunya buasir.

Selain daripada bengkak yang amat ketara ketika mengalami buasir, tanda-tanda lain termasuklah rasa gatal pada lubang dubur, rasa kepanasan pada kawasan dubur selepas membuang air besar, rasa sakit yang berdenyut-denyut, sukar untuk membuang air besar dan rasa tidak selesa pada bahagian dubur apabila berdiri lama atau bertinggung. Kesakitan pada bahagian dubur menyebabkan pesakit akan mengalami perubahan di dalam corak membuang air besar.

Jika mempunyai tanda-tanda di atas dapatkan segera rawatan buasir yang sesuai. Selain dari perubatan moden, rawatan tradisional buasir juga sepatut tidak diketepikan kerana telah terbukti berkesan dalam rawatan buasir. Antaranya ialah rawatan buasir hpa yang terdiri daripada ficus , spirulina, teh herba dan minyak but-but.

Rawatan buasir yang telah terbukti

Sunday, September 23, 2012

Sembelit penyebab buasir

sumber : www.utusan.com.my
MENGIKUT pendapat umum, buasir adalah topik yang jarang dibincang secara terbuka. Ini adalah kerana perasaan malu iaitu buasir terjadi di bahagian sulit. Kehadiran tisu buasir adalah sebagai komponen normal di dalam anatomi manusia. Buasir biasanya terdiri daripada kusyen vaskular (yang kaya dengan saluran darah) di dubur yang bertindak sebagai lapik termampat untuk membenarkan dubur tutup sama sekali. Buasir akan menaikkan simptom atau membawa masalah apabila ia membesar, lazimnya hasil daripada tekanan atau stres yang berlebihan.

Bagi kebanyakan dewasa, di satu tahap atau lain terpaksa menghadapi dengan pendarahan, kegatalan, lelehan lendir dan kadangkala kesakitan yang memaklumkan akan situasi buasir. Malangnya, buasir cenderung untuk menjadi lebih teruk hari demi hari. Situasi ini harus dirawat secepat mungkin selepas mendapat tahu mengenainya kerana terdapatnya perubatan dan rawatan yang berkesan. Selalunya, buasir memerlukan hanya penjagaan sendiri dan perubahan dalam cara hidup di peringkat awal tanpa memerlukan rawatan yang kompleks. Paras pesakit yang mengalami buasir yang lama dan kronik akan memerlukan rawatan pembedahan sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup untuk pendarahan, kesakitan dan buasir prolaps (tergelincir keluar).

Pakar Bedah Kolorektal Pusat Perubatan Prince Court, Prof. Dr. Yunus Gul Alif Gul berkata, buasir merujuk kepada urat darah di dalam dinding dubur.

"Kedudukannya berada di bawah selaput lendir iaitu lapisan dubur yang paling dalam.

Tekanan berlebihan di bahagian rektum menyebabkan dinding vena darah teregang dan membonjol, kadangkala boleh pecah, menyebabkan buasir," katanya.

Menurut Dr. Yunus Gul, di dalam saluran dubur manusia terdapat kusyen vaskular di antara anus dengan rektum bawah, menjadikan otot-otot dubur menjadi elastik atau kenyal.

Apabila seseorang mengalami sembelit dan cuba meneran najis yang mengeras di dalam kolon dengan kuat ketika membuang air besar, struktur ini akan membengkak.

Lama-kelamaan ia menjadi kurang memberi dan akhirnya terjulur keluar daripada dubur bersama darah yang berwarna merah cerah yang menitis, tersembur atau meninggalkan kesannya apabila dikesat tisu tandas.

Walaupun pendarahan dan sembelit dilihat sebagai gejala utama buasir, cirit-birit juga boleh menjadi puncanya.

Tambah Dr. Yunus Gul, pendarahan yang berlaku daripada dubur tidak semestinya buasir tetapi boleh jadi petunjuk kepada lain-lain penyakit yang lebih serius seperti kanser kolorektal.

"Mereka yang mempunyai sebarang gejala atau pendarahan dubur lebih baik terus berjumpa doktor. Ada juga pesakit yang tidak menunjukkan sebarang gejala awal," katanya.

Dr. Yunus Gul turut melahirkan kekecewaannya apabila kebanyakan pesakit hanya berjumpa doktor setelah buasir memasuki peringkat teruk.

Pada ketika itu, katanya, pilihan rawatan yang ada hanyalah pembedahan yang sepatutnya boleh dielakkan jika mereka merujuk pendarahan awal kepada doktor.


Punca-punca buasir
  • Sembelit dan meneran berlebihan ketika membuang buasir.
  • Pekerjaan yang melibatkan keadaan duduk atau berdiri dalam masa yang lama.
  • Obesiti, kehamilan dan melahirkan anak.

Walaupun kadangkala buasir dikatakan lebih cenderung untuk diwarisi, ini adalah lebih kepada faktor gaya hidup atau tabiat pemakanan di kalangan ahli keluarga yang menyebabkan kecenderungan untuk mendapat buasir. Penyakit ini boleh dicegah dan simptomnya dapat dikawal jika diurus pada peringkat awal. Walaupun dengan rawatan, pesakit harus mengubah cara hidup mereka untuk mengelakkan berulangnya masalah.

Rawatan

Rawatan buasir melibatkan langkah-langkah yang boleh dilakukan sendiri berdasarkan nasihat daripada doktor anda. Rawatan yang paling baik adalah pencegahan. Diet makanan yang tinggi dengan serat dan sebahagian besar dapat mengelakkan sembelit dan meneran berlebihan. Kadangkala ubat-ubatan atau prosedur pembedahan juga diperlukan untuk tujuan rawatan.

Rawatan perubatan
Ini adalah amat berguna terutamanya bagi pesakit buasir dengan tahap pertama. Jika buasir anda hanya wujud dengan ketidakselesaan yang sedikit, doktor anda boleh mencadangkan krim dari kaunter farmasi atau salap yang selalunya mengandungi anestetik sederhana atau agen melegakan kesakitan atau steroid. Bentuk rawatan perubatan ini, dengan gabungan nasihat untuk perubahan diet dan pembukaan usus yang betul, dilengkapkan dengan mandian air panas setiap hari yang dapat melegakan simptom tersebut.

Walau bagaimanapun, salap telah dikenal pasti menyebabkan tahap sensitif kulit yang tinggi dengan penggunaan jangka panjang. Pesakit dinasihatkan untuk mengelak penggunaan bagi tempoh yang lama. Daflon adalah sejenis ubat yang diestrak daripada sejenis kulit oren khas yang selalunya digunakan dalam merawat buasir. Ubat ini bertindak melindungi dan memperkuat saluran pembuluh darah di dalam tisu buasir dan mengurangkan pengembangan saluran tersebut. Ini adalah lebih sesuai bagi pesakit buasir dengan tahap pertama atau kedua dan tidak sesuai untuk merawat buasir yang di tahap seterusnya serta buasir luaran.

Prosedur lain termasuk pembedahan 

  


Ligasi pita getah 
Satu atau dua pita getah yang kecil akan diikat di sekitar dasar buasir dalaman untuk menghentikan pengedarnya. Dalam masa beberapa hari, buasir itu akan tanggal sendiri tanpa rasa sakit.
Jika prosedur lain tidak berjaya atau jika anda mempunyai buasir yang besar, doktor pakar anda akan membuang tisu berkenaan dalam satu prosedur yang dikenali sebagai hemorhoidektomi. Pembedahan ini dilakukan sama ada dengan menggunakan bius setempat digabungkan dengan sedatif (ubat penenang), anestetik spina atau bius umum.
Pembedahan eksisi. Ia dikaitkan dengan tahap kesihatan yang lebih tinggi kerana bahagian bawah kulit dan saluran anus yang kaya dengan saraf fiber akan dieksisi ketika pembedahan.
Ligasi Arteri Buasir (HAL Doppler) lazimnya sesuai untuk buasir berdarah termasuk buasir tahap ketuga. Sejenis alat ultrabunyi yang menggunakan gelombang bunyi untuk mengenal pasti arteri buasir yang akan diligasi. Ini mengurangkan pengaliran darah kepada buasir dan mengecutkan sebahagian besar longgokan dan perhentian pendarahan. Ia adalah prosedur sehari yang tidak sakit dan dilakukan di bawah anestetik umum atau spina, memberi hasil yang baik dan harapan yang cerah.

Friday, September 21, 2012

Atasi Masalah Buasir Lepas Bersalin

Sedikit perkongsian mengenai buasir selepas bersalin untuk pengetahuan semua dan semoga memberi manafaat untuk mengatasi masalah buasir ini
Sumber: Editorial PaMa
Tarikh: 6 Disember 2011


Kebanyakan ibu selepas bersalin mengalami buasir. Hal ini dapat dikesan melalui bengkak yang terjadi pada saluran dubur. Pembengkakan yang berlaku di bahagian tersebut disebabkan oleh pengembangan saluran darah di dubur ataupun ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur.

Kebiasaannya anda berasa sakit hasil daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak. Apabila hal ini terjadi, ia menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi sukar. Selain itu, pendarahan sewaktu membuang air besar juga boleh berlaku. Ini disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Bagi yang mengalami buasir selepas melahirkan, masalah ini biasanya terjadi akibat daripada amalan meneran sewaktu membuang air besar yang disebabkan oleh sembelit ataupun najis keras. Selain daripada itu, masalah cirit-birit, batuk teruk, berdiri dan duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama serta kekerapan mengangkat benda berat turut boleh menjurus kepada masalah buasir.

Boleh Terjadi Serentak
Dalam pada itu, terdapat dua jenis buasir yang perlu diketahui. Ia merujuk kepada buasir dalaman iaitu buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur. Lazimnya, buasir ini tidak menyebabkan sakit ataupun gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum dan tidak merbahaya. Namun, kekerapan anda meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah.

Manakala buasir luaran pula merupakan jenis penyakit buasir yang merupakan bengkak yang terjulur keluar dari bahagian dubur dan mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit, bekalan darah akan terputus dan pembekuan darah akan terjadi di dalamnya sehingga menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala sebeginilah yang mendorong anda untuk mendapatkan rawatan perubatan sewajarnya. Fakta menarik yang perlu anda tahu ialah kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku secara serentak ataupun berasingan.

  


Pelega Buasir
Walau apa pun keadaannya, anda perlu terlebih dahulu mengenal pasti penyebab buasir yang dialami. Tiada gunanya merawat buasir jika anda berterusan mengamalkan faktor-faktor yang boleh mencetuskan semula masalah yang sama.

Anda disaran untuk kerap mengambil minuman bagi memastikan najis tidak keras. Selain daripada itu, amalkan pemakanan seimbang yang mengandungi banyak serat dalam menu seharian berupaya mencegah buasir daripada menjadi lebih teruk.

Amalan kebersihan diri amat penting terutamanya di bahagian dubur. Anda digalakkan agar lebih kerap mencuci kawasan berkenaan dengan menggunakan sabun dan air setiap kali membuang air besar. Paling penting, amalan pembuangan air besar yang baik setiap hari.

Anda boleh merendamkan diri dalam air suam di antara dua atau tiga kali sehari selama 10 hingga 15 minit. Ini bertujuan mengecutkan bengkak di bahagian dubur. Antara lain, garam mandian juga boleh digunakan. Ia turut mempunyai fungsi yang sama dengan air suam iaitu berupaya mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.

Sekiranya cara yang disyorkan tidak dapat membantu, ubat dapat membantu. Terdapat beberapa jenis ubat yang mempunyai fungsi berlainan. Contohnya ubat yang boleh melembutkan najis iaitu lactulose ataupun forlax. Bagi mengecutkan buasir pula, anda boleh menggunakan daflon. Bagi mengurangkan kesakitan dan mengecutkan dubur pula, gunakan ubat jenis suppositories. Walau bagaimanapun, jika setiap kaedah yang dinyatakan tidak berjaya, anda perlu menjalani pembedahan seperti rubber banding atau haemorrhoidectomy bagi memulihkan keadaan.

Pencegahan Awal
Bagi memastikan anda tidak menghadapi seksa akibat sembelit, anda perlu melakukan langkah pencegahan sejak daripada hamil lagi. Dengan yang demikian, ia dapat mengelakkan sebarang simptom berkaitan buasir.

Sehubungan itu, perubahan hormon progesteron sering kali menyebabkan pergerakan usus bertambah perlahan. Ini bagi membolehkan lebih banyak penyerapan makanan berlaku. Walau bagaimanapun, penyerapan air turut bertambah dan ia menyebabkan sembelit mudah berlaku.

Harus diingat! Masalah sembelit sewaktu hamil menjadi bertambah teruk kerana anda kurang bersenam, mengabaikan pengambilan zat besi tambahan, makanan berserat tinggi dan air yang mencukupi.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk anda mengamalkan pemakanan yang cukup serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin sejak daripada awal kehamilan lagi. Dalam pada itu, senaman ringan adalah amalan baik untuk mengurangkan sembelit yang boleh menyebabkan buasir.

Wednesday, September 19, 2012

Cara mengatasi buasir secara ringkas

Post kali ini saya ingin menerangkan secara ringkas cara-cara yang boleh diamalkan untuk mengatasi buasir. Semoga beberapa tips ringkas ini akan dapat membantu mengelakkan penyakit buasir yang menyeksakan ini.
Jika kita mengalami kesakitan selepas membuang air besar ataupun najis keluar beserta darah, ini mungkin menandakan anda telah mengalami masalah buasir.

Walaupun begitu, biasanya tidak ramai yang sanggup membincangkan masalah ini dengan secara terbuka kerana penyakit buasir dianggap memalukan. Walau bagaimanapun, pendarahan ketika buang air besar tidak semestinya disebabkan buasir saja. 


Di bawah adalah beberapa faktor boleh menyebabkan masalah buasir, iaitu:

1. Sembelit.

2. Keturunan.

3. Mengandung, melahirkan anak dan sindrom sebelum haid (bagi sesetengah wanita).

4. Pengambilan alkohol dan merokok.

Juga penyakit buasir ini boleh disebabkan oleh sebarang aktiviti yang boleh meningkatkan tekanan darah pada rektum (bahagian hujung usus besar) seperti kanser rektum, pemakanan rendah serat, obesiti dan penyakit hati yang serius.

Walaupun penyakit buasir boleh diubati dengan rawatan buasir yang sesuai, tetapi adalah lebih mudah untuk mencegahnya melalui:

1. Mengelakkan makanan pedas dan berempah.

2. Jangan minum minuman keras.

3. Kurangkan pengambilan kafein.

4. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

5. Minum banyak air sekurang-kurangnya satu liter sehari.

6. Banyakkan makan makanan yang banyak serat seperti bijirin.

7. Cuba tetapkan jadual ke tandas.

8. Kerap bersenam.
Semoga tips ringkas diatas boleh menjadi amalan untuk mencegah buasir daripada berlaku. Tetapi jika berlaku juga, dapatkan ubat buasir yang sesuai untuk mengelakkan buasir mencapai tahap buasir kronik. Antara yang mujarab adalah produk buasir hpa


Mengatasi buasir dengan herba, klik dibawah

rawatan buasir tradisional

Monday, September 17, 2012

Apa itu penyakit buasir

Penyakit buasir ataupun Hemmoroid iaitu penyakit yang boleh terjadi dibahagian dubur, terjadi apabila saluran darah venus (veins) yang mengembang dan bengkak di sekitar dubur (rektum dan anus). Ada dua jenis penyakit buasir yang utama iaitu :


Buasir luar. penyakit buasir yang berlaku di bawah kulit, betul-betul di luar pembukaan dubur. Ini mungkin boleh menyebabkan sakit dan rasa gatal, terutama semasa hendak buang air besar. Buasir jenis ini biasanya agak lembut (jika dipegang dengan tangan). Buasir luar selalunya berbentuk bulat dan berwarna purple.

Buasir dalam. Buasir ini biasanya berlaku pada bahagian dalam rektum. Buasir dalam biasanya tidak sakit. Penderita buasir dalam hanya akan menyedari masalah yang menimpanya jika terdapat darah yang terkeluar dari duburnya.

Sesetengah pesakit mengalami buasir dan luka (anal fissures) manakala sesetengahnya pula hanya menderita akibat anal fissures tersebut. Thrombotic haemorrhoids (jika darah dalam saluran venus yang membengkak ini menjadi beku), penderita berkemungkinan akan mengalami pendarahan (tidak kira sama ada buasir dalaman atau luaran). Sakit dialami penderita thrombotic haemorrhoids selalunya menjadi semakin teruk apabila berlakunya irritasi atau pertambahan tekanan (contohnya bila batuk).

Pada kebiasaannya tanda-tanda awal penyakit buasir adalah sewaktu meneran atau apabila memberi tekanan semasa buang air besar. Sehingga ia menyebabkan rasa sangat sakit kalau nak keluar. Jadi, penyakit buasir ni merupakan berlakunya pembengkakan sel-sel yang melapisi saluran dubur itu. Bila pembengkakkan sudah berlaku, najis yang nak keluar akan bergesel dengan buasir ni yang menyebabkan sakit dan perit yg amat sangat.

Penyakit buasir ini mempunyai 4 peringkat, 
Tahap 1
Berlakunya pendarahan dan bengkak menonjol keluar.

Tahap 2
Disebabkan pergerakan usus, bengkak akan keluar tetapi biasanya secara spontan akan masuk balik ke dalam dubur

Tahap 3
Keadaan yang sama seperti tahap dua, tetapi bengkak tersebut akan hanya berada di dalam setelah ditolak masuk secara fizikal, maknanya kena tolak menggunakan jari

Tahap 4:
Terdapat darah pekat keluar, yang menyebabkan rasa sakit dan susah untuk meneran. Buasir akan berada di luar kawasan dubur. Memang sakit dan perlu dibedah kalau ditahap ini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...