Monday, January 31, 2011

Anda mencari produk halal muslim ?

Mencari produk halal merupakan satu kewajipan setiap muslim. Ini untuk memastikan terutamanya setiap apa yang dimakan adalah bersumberkan produk halal . Produk haram boleh mempengaruhi individu dari segi tingkah laku yang boleh membawa kepada perkara tidak baik. Jadi bagaimanakah untuk memastikan kita sentiasa mendapat produk halal dalam kehidupan kita?

Sekarang banyak kes penipuan dalam produk halal, seperti penyalahgunaan logo halal , sijil halal jakim tamat tempoh dan bermacam-macam lagi isu yang mendedahkan umat Islam kepada produk haram. Kita mengharapkan ketegasan pihak berwajib untuk mengawal produk halal yang mungkin hanya pada nama produk halal , tapi sebenarnya tidak halal dari segi zatnya. Kita sebagai pengguna juga perlu untuk berhati-hati untuk memastikan produk halal atau makanan halal yang kita beli adalah yang benar-benar diyakini.

Juga digalakkan untuk menyokong produk halal malaysia yang dikeluarkan oleh umat Islam sendiri seperti produk hpa . Kini terdapat banyak syarikat Muslim yang mengeluarkan produk halal yang tidak kurang kualitinya. Dengan sokongan yang diberikan, insyallah industri produk halal muslim akan berkembang dengan lebih pesat dan menyelesaikan isu produk halal ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...