Friday, August 5, 2011

Apa itu minyak kelapa dara

Apakah sebenarnya minyak kelapa dara ? Minyak kelapa dara adalah minyak kelapa yang diproses tanpa penggunaan haba atau kimia di mana struktur asal dalamannya dapat dikekalkan seasli-aslinya. Berbanding dengan minyak kelapa biasa di mana haba dan kimia digunakan sewaktu memproses yang mengakibatkan struktur asal dalamannya berubah membawa kepada kemudaratan apabila manusia memakannya. Selama 40 tahun kempen dan kajian Negara Barat yang menentang penggunaan minyak kelapa secara meluas sebenarnya adalah ditujukan kepada minyak kelapa biasa yang menggunakan haba dan kimia ketika diproses dan bukannya minyak kelapa dara. Minyak kelapa dara sebenarnya amat sukar dicari dipasaran kerana prosesnya yang rumit dan sukar diproses secara komersil dan besar-besaran.

Pada tahun 1966, seorang penyelidik yang merupakan professor farmakologi dari Universiti Michigan telah membuat suatu penemuan besar yang mencungkil rahsia alam yang disimpan oleh minyak kelapa dara . Beliau mendapati bahawa minyak kelapa dara berupaya membunuh virus, bakteria, kulat dan parasit. Cuba anda bayangkan betapa besarnya makna penemuan ini kerana dengan bersifat anti virus, bakteria, kulat dan parasit, minyak kelapa dara berupaya melawan atau menyembuh pelbagai penyakit.

Melihatkan kekuatan sifat minyak kelapa dara , pakar-pakar barat terus mencari kesan-kesan seterusnya yang boleh dilakukan oleh minyak kelapa dara ke atas pelbagai penyakit. Sekiranya berjaya, sudah pasti minyak kelapa dara di anggap sebagai kejadian tuhan yang paling bermakna untuk manusia sejagat.

Kajian-kajian dekad seterusnya telah mendapati antara khasiat minyak kelapa dara ialah:

  • meningkat dan memperbaiki sistem pertahanan badan
  • meningkat kadar metabolisma badan
  • anti virus, bakteria, kulat dan parasit yang semulajadi
  • anti oxida semulajadi
  • meningkat fungsi kelenjar tairoid
  • melindungi kesan sinaran ultra violet dalam cahaya matahari
  • tidak meningkatkan kepekatan atau platelet darah
  • meningkat penghadaman dan penyerapan khasiat makanan
  • berupaya menurunkan berat badan
  • meningkat pertumbuhan sel kulit, rambut dan badan manusia
  • membekal sumber tenaga dengan cepat
  • melembab dan melembutkan kulit
  • mengurangkan kesan penuaan dan kedutan pada kulit
  • mengurangkan kesan keracunan makanan
  • membakar dan mengurangkan kolesterol dalam badan
  • menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat
  • mengurangkan risiko dan kesan penyakit jantung
  • mengurangkan risiko dan kesan darah tinggi
  • mengurangkan risiko dan kesan kencing manis
  • mengurangkan risiko dan kesan demam
  • mengurangkan risiko dan kesan batuk biasa
  • mengurangkan risiko dan kesan batuk kering
  • mengurangkan risiko dan kesan selsema dan resdung
  • mengurangkan risiko dan kesan demam campak dan cacar air

Ingin dapatkan minyak kelapa dara berkualiti ? Klik di bawah

minyak kelapa dara bio asli

kelebihan minyak kelapa dara

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...