Wednesday, February 2, 2011

Pentingnya susu kambing dalam gaya hidup anda


Biasanya apabila kita menyebut susu, kita selalu membayangkan susu lembu. Sedangkan susu kambing lebih tinggi manfaatnya dan khasiat jika dibandingkan dengan susu lembu. Dari pada segi proses penghadaman, susu kambing adalah lebih mudah dihadamkan kerana mempunyai molekul lemak yang lebih kecil.

Jika dilihat dari khasiat susu kambing , susu kambing tidak kalah dengan susu lembu. Salah satu sebab kurangnya minat untuk mengamalkan minum susu kambing adalah disebabkan anggapan bahawa susu kambing boleh menyebabkan darah tinggi dan “panas”. Walhal , susu kambing sebenarnya mempunyai fungsi untuk menstabilkan tekanan darah,jantung dan banyak lagi. Tapi berapa peratus kaum muslimin seluruh dunia tahu akan manfaat susu kambing?

Susu kambing sebenarnya mempunyai kandungan gizi lengkap dan baik untuk kesihatan. Ianya tidak mengandungi beta-lactoglobulin iaitu penyebab alahan yang boleh menyebabkan asma, masalah pernafasan,radang telinga,infleksi kulit dan ganguan saluran pencernaan. Susu kambing mempunyai tindak balas alkali yang memberi faedah pada mereka yang mempunyai masalah asid terlalu banyak dalam perut dengan cara menapiskan asid hidroklorik perut dan melindungi membrane mucus di permukaan lapisan perut dari rosak.

Makin banyak produk susu kambing di pasaran. Bukan hanya dalam bentuk susu kambing segar, tetapi terdapat dalam bentuk tepung yang mudah untuk disimpan dan diambil. Antara jenama yang dikenali ramai ialah susu kambing higoat .

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...