Wednesday, February 2, 2011

Fakta menarik mengenai susu kambing


Terdapat kajian yang telah dijalankan oleh pasukan kajian dibawah Dr.Javier Diaz Castro,Jabatan Fisiologi ,University Granada yang telah mendapati susu kambing mempunyai lebih banyak khasiat untuk kesihatan badan bila dibandingkan dengan susu lembu. Diantaranya ialah menolong untuk mencegah ferrponic anaemia(kekurangan zat besi), tulang rapuh dan mengcergaskan minda anak2.

Jika dibandingkan dengan susu lembu juga, susu kambing mempunyai:-13% lebih kalsium / 25% lebih vitamin B-6 / 27% lebih antioksida selenium / 47% lebih vitamin A / 1.34% lebih potassium / 3.5% lebih niacin. Susu lembu adalah bersifat ASIDIK manakala susu kambing bersifat ALKALI.

Susu kambing juga mengandungi NIACIN yang merupakan nama lain untuk Vitamin B3, yang diperlukan badan kita bagi peredaran darah dan kulit yg sehat. Niacin begitu penting dalam menghasilkan tenaga daripada gula(blood sugar) dlm pembuatan lemak. Niacin dalam susu kambing membantu dlm fungsi sistem saraf,dlm metabolisma kabohidrat,lemak dan protien dan dlm pengeluaran asid hidroklorik utk sistem penghadaman.

Ia juga terlibat dlm pengeluaran cecair hempedu dan perut yg normal serta sintesis horman pembiakan manusia. Niacin dalam susu kambing ini juga merendahkan paras kolestrol dan membaiki peredaran darah.Ia juga membantu dlm penyakit mental saperti schizophrenia.Kekurangan Vitamin B3 boleh menyebabkan keletihan,lemah badan,kulit merekah,bengkak mulut dan lidah,cirit birit,ganguan mental,sakit kepala dan rendah gula dalam darah. Dengan pengambilan susu kambing , insyaallah akan dapat mengatasi masalah tersebut.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...