Sunday, July 10, 2011

Penyebab keputihan wanita

Penyebab Keputihan Wanita adalah kerana jangkitan kulat candida dan bakteria yang berlebihan. Faktor pemakanan antara punca yang menyebabkan kulat berlebihan pada vagina anda.Pengambilan makanan yang manis (tinggi kandungan gula) boleh menyebabkan keputihan. Contohnya macam kuih donut dan gula-gula getah. Jadi, anda perlulah mengurangkan pengambilan makanan yang manis-manis lepas ini. Itupun jika anda serius untuk mencegah keputihan.

Faktor lain yang boleh menyebabkan keputihan adalah penyakit diabetes, kehamilan, penggunaan antihistamin, stres, menggunakan seluar dalam yang ketat sehingga menyebabkan keadaan lembab, serta bahan-bahan kimia yang terkandung di dalam sabun mandi atau sabun pakaian.

Selain itu, ada beberapa jenis buah-buahan yang menyumbang kepada masalah keputihan . Iaitu nanas, sengkuang dan timun. Ini bukan bermakna anda tidak boleh memakannya langsung. Cuma kurangkan kadar pengambilannya. Boleh, kan? Ataupun satu lagi cara, anda makanlah nanas dan buah-buahan lain 30 minit sebelum makan nasi. Sama ada waktu tengahari mahupun malam. Itu saja.

Sila dapatkan rawatan keputihan wanita secara semulajadi berasaskan herba untuk rawatan yang selamat dan berkesan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...