Sunday, June 26, 2011

Sakit perut tidak semestinya penyakit gastrik

SIMPTOM sakit atau senak perut tidak menjurus kepada penyakit gastrik semata-mata. Banyak penyakit lain yang membabitkan gejala sama tetapi punca berbeza seperti pedih ulu hati, batu dalam pundi hempedu, ulser perut serta radang pankreas. Sama ada individu terbabit diserang penyakit gastrik atau bukan, hanya dapat ditentukan selepas diagnosis.

Pakar Perunding Bedah Pengkhususan Gastrousus dan Laporososkopik Lanjutan, Dr Abdul Fahmi A Karim, berkata masyarakat masih kurang memahami petanda penyakit gastrik sebaliknya memberi tanggapan sebarang kesakitan pada perut terutama ketika berpuasa adalah gejala awal penyakit ini. Katanya, gastrik atau nama perubatannya, gastrisis merujuk kepada inflamasi (radang) pada bahagian lapisan perut (mukosa) tetapi masalah lazim ini turut digunakan bagi menerangkan pelbagai gejala yang disebabkan inflamasi itu termasuk pedih ulu hati atau ketidakselesaan perut.

“Sebelum menganggap diri diserang penyakit gastrik , individu harus mendapatkan pemeriksaan dan nasihat pakar bagi mengelakkan kemungkinan mereka menghidap penyakit lain yang lebih serius,” katanya. Walaupun lapisan mukosa sentiasa beralkali dan melindungi bahagian terbabit daripada dirosakkan bahan memudaratkan seperti alkohol, ubat aspirin, makanan berasid dan pedas serta asap rokok. Apabila lapisan ini semakin terhakis, ia tidak mampu menjalankan tugas dengan baik hingga menimbulkan radang.

“Sakit lebih dirasai apabila berpuasa disebabkan peningkatan tahap asid dalam perut berikutan ketiadaan makanan. Asid sedia ada yang membantu mencerna makanan berkumpul pada bahagian terbabit bersama asid yang terhasil secara semula jadi berdasarkan tindak balas kimia. “Apabila keadaan itu berlaku ditambah ketiadaan pelindung mukosa, radang boleh berlaku tanpa mengira waktu. Selain pengambilan ubat dan kemestian makan sahur bagi sumber tenaga, pesakit tidak digalakkan membayangkan keenakan makanan kerana imaginasi atau faktor psikologi ini mampu meningkatkan lagi keasidan perut,” katanya.

Penghasilan asid secara semula jadi boleh berlaku menerusi tiga fasa iaitu tindak balas kimia pada otak sebaik terbayang makanan, apabila makanan di dalam mulut serta ketika proses penghadaman. Sementara itu, jangkitan bakteria dikenali sebagai helicobacter pylori (H pylori) juga antara penyebab gastrik. Ia mampu bertahan dalam keadaan perut berasid, malah jangka hayatnya juga panjang. Dianggarkan sejumlah 74 peratus pesakit yang mengalami ulser gastrik mempunyai jangkitan Hpylori.

Jika mengalami penyakit gastrik , dapatkan herba untuk gastrik . Sila ke link di bawah:

>> ubat gastrik <<

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...