Thursday, March 12, 2009

Mengapa Network marketing ? Takde bisnes lain ke ?

Dalam mencari bisnes internet yang sesuai untuk anda dalam mencapai kebebasan kewangan, mungkin anda tercari-cari apakah bisnes yang paling sesuai untuk anda.

Antara bisnes yang paling sesuai untuk dimulakan terutamanya jika untuk dilakukan dahulu secara part time ialah Network Marketing (MLM). Harap anda tak lari bila dengar MLM, sebab ada rahsia yang akan dikongsikan di tajuk-tajuk selepas ini.

Tapi, mengapa mesti Network Marketing ? Tak de bisnes lain ke ? Memang banyak bisnes lain, tapi network marketing mempunyai keistimewaan sendiri iaitu:

1) Network marketing merupakan bisnes yang disarankan oleh dua tokoh yang tidak asing lagi dalam bidang ekonomi, iaitu Donald Trumph (Apprentice) dan Robert T Kiyosaki. Kedua-duanya juga penulis buku best selling di dunia. Lihat video di bawah:



Pandangan Robert : Bisnes Network Marketing mampu menjadikan anda seorang pemilik perniagaan dan bisnes ini tiada risiko. Untuk berjaya anda kena melahirkan ramai orang berjaya. Pendapatan dalam bidang ini juga akan berterusan.

Pandangan Trumph : Bisnes ini adalah model baru kepada bisnes berbentuk francais. Kebanyakan syarikat yang tersenarai dalam FORTUNE 500 telah menambah komponen Network Marketing dalam bisnes mereka. Jadi bagi anda yang nak sertai bisnes ini, pilih satu syarikat yang terbaik

2) Murah untuk dimulakan. Internetwork marketing begitu murah untuk dimulakan. Anda tak perlu memohon pinjaman untuk memulakan bisnes ini. Untuk memulakan MLM biasanya anda perlu membayar yuran keahlian seumur hidup, di mana ada sesetengahnya hanya serendah rm30.

3) Bisnes dari rumah. Dengan adanya Internet, anda tidak perlu lagi melakukan Network Marketing cara lama. Proses penajaan, servicing malah penjualan boleh dilakukan dari rumah melalui Internet. Network marketing kini adalah bisnes internet.

4) Pendapatan berterusan. Network marketing adalah seperti anda menanam pokok durian. Jika anda jaga dengan baik pada awalnya, insyallah bila pokok itu besar, ia akan menjana pendapatan yang berterusan buat jangka masa yang lama. Walaupun ambil masa sedikit sebelum ia mula mengeluarkan hasil. Maksudnya, bila downline anda sudah boleh bergerak sendiri, anda akan terus menerus mendapat bonus walaupun mungkin ada masa-masa dimana anda berehat sebentar dari melakukan bisnes.

Ini berbeza dengan bisnes lain seperti contohnya jual burger. Anda mendapat untung hanya jika anda buat bisnes. Bila anda tak buat atau rehat seketika, anda tidak lagi mendapat hasil.
5) Industri penjagaan kesihatan dijangka mencapai jualan sedunia sebanyak USD3.6 Trillion menjelang tahun 2010. Ini kerana kesedaran manusia untuk mencegah penyakit sebelum dijangkiti. Peluang untuk mereka yang bergiat dalam Network marketing kerana banyak syarikat Network marketing memasarkan produk kesihatan
6) Risiko terlalu rendah. Disebabkan modal perniagaan ini tidaklah besar, maka jika berlaku apa-apa ruginya pun tidak sebesar mana.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...