HPA sekali lagi membuat langkah besar dalam memperkenalkan produknya dengan mempromosikan melalui TV9. Kalau dulu kopi radix, kini datang pula radix koko.
Iklan radix koko dalam bentuk video pendek bukan hanya gambar statik tentunya melibatkan kos agak tinggi bagi HPA, tapi sure dari impression dapat memberi satu imej baik untuk HPA.
Berbalik pada radix koko, dari namanya dah boleh agak, iaitu minuman coklat. Datang untuk beri alternatif pada kita semua. Dah berpuluh-tahun tahun kita semua dah macam tak boleh berpisah dengan satu jenama dari luar. Tak perlu nak cakap rasanya.
Apa tunggu lagi, marilah bersama menyokong produk orang kita. Jangan bimbe, anda tak akan kecewa dengan rasa radix koko. Rasanya memang setanding dengan jenama utama di pasaran.
Macamana nak dapatkan? Boleh dapatkan di stokis2 hpa yang berdekatan. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai HPA, sila ke laman web saya di http://www.saudagarcyber.net.
HPA juga memberi peluang anda untuk mendapatkan radix koko dan hampir 250 produk hpa lain dengan diskaun hingga 25%. Juga peluang untuk membina bisnes internet HPA serta bersama menyebarkan produk halal HPA. Hanya kerja dari rumah.
Satu lagi usaha dari pihak hpa untuk memberi produk alternatif kepada umat muslim. Tak ramai umat islam yang menceburi bidang bakery termasuklah kat kawasan majoriti Islam. Harap HPA dapat mengadakan satu peluang francais kepada mereka yang berminat supaya ia dapat berkembang ke seluruh Malaysia.
Kita kat Klang Valley mungkin lambat lagi dapat merasa. Sama-sama kita berdoa usaha ini akan berkembang biak dan menghilangkan segala kepayahan dalam mendapatkan produk bakery yang diragui dari segi halalnya.
Buat masa ni, teruskan sokongan kepada produk produk hpa yang boleh didapati di stokis-stokis berdekatan.
Untuk maklumat lanjut bisnes online HPA, sila ke http://www.saudagarcyber.net
Langkah pertama memulakan perjalanan cari duit online memang satu langkah yang payah nak dibuat. Kadang-kadang dah macam ebook dah dibeli, tapi tak bergerak jugak. Sampai dah kena sindrom information overload, lemas dalam lautan maklumat...hehehe.
Sebenarnya, kalau pening sangat nak mulakan cari duit online , antara yang dicadangkan ialah mulakan dengan minisite. Minisite secara lebih kurang adalah simple website. Ada page utama, menerangkan segalanya pasal produk supaya pembeli berminat untuk beli. kemudian ada order page untuk proses pembelian. Biasanya tempat pembeli isi maklumat transaksi pemindahan wang atau transaksi kad kredit. Juga perlu ada, borang pertanyaan online jika bakal pembeli nak tanya apa-apa. Tu lah antara komponen utama.
Antara kelebihan guna minisite untuk cari dut online ialah:
1) Mudah setup - Hanya ada dalam lebih kurang 3 page utama (page utama, page order dan page untuk borang pertanyaan online). Kena pulak sekarang banyak template, tak perlu nak mula dari scratch.
2) Nampak cam expert - Bila kita fokus satu produk dalam satu laman web, akan nampakkan kita ni cam expert le katakan. Sebab bila sebut expert, dah memang maksudnya fokus pada satu2 bidang.
3) Kurangkan kos - Mudah nak bina, kalau dibandingkan konsep web lain. So, tak perlu nak upah orang buat. Tapi kalau nak upah pun, memang ada yang tawarkan servis buat minisite.
Yang penting mulakan langkah pertama anda untuk mulakan bisnes internet
Sempena zaman meleset, aku nak highlight mengenai kelebihan bisnes internet berbanding bisnes konvensional terutama yang mana masih mencari-cari bisnes untuk menambah pendapatan.
Jika anda biasa menjejaki blog-blog bisnes internet, mungkin anda selalu jumpa artikel mengenai kelebihan bisnes internet. Cuma apa yang aku nak highlight lebih fokus kepada network marketing secara online yang boleh menjadi salah satu pilihan.
1- Modal murah
Bisnes internet biasanya mampu menjimatkan kos yang yang terlibat dalam bisnes. Seperti network marketing secara online yang aku jalankan, aku tak perlu berjumpa prospek secara face-to-face. Aku hanya direct prospek ke laman web dan blog berkaitan untuk memberi maklumat berkaitan bisnes yang aku jalankan.
Tentunya aku dapat menjimatkan kos duit minyak untuk pergi berjumpa prospek-prospek. Yang penting juga aku dapatkan jimatkan kos masa. Maka, lebih masalah untuk keluarga. Tak perlu lagi nak keluar malam-malam.
2- Pasaran luas
Pasaran bisnes internet memang luas. Tak perlu lagi aku nak 'kejar' sedara atau sahabat handai aku untuk join bisnes aku. Aku boleh dapatkan prospek dari seluruh Malaysia termasuk dari Sabah dan Sarawak. Dan banyak yang join bisnes aku ini yang aku tak pernah jumpa face-to-face tapi kami still keep-in-touch melalui email, call atau sms.
3- Automatik
Aku takde idea nak letak tajuk apa. Tapi harap korang dapat idea. Apa yang aku maksudkan di sini, melalui bisnes internet, banyak perkara yang boleh diautomasikan. Contohnya proses follow up prospek. Aku tak perlu nak angkat handphone aku dan call prospek. Dengan guna sistem email automatik, setiap prospek akan dapat email secara berkala yang menceritakan lebih lanjut mengenai bisnes aku.
Dah tengah April pun....cepat betul masa berlalu dan semestinya tak akan menunggu kita. maksudnya suku pertama 2009 dah lepas. Macamana kita ? Dah capai target suku pertama?
Aku pun dah sebulan aku tak update. Bukan dah stop tapi agak sibuk fokus dengan mai secawan. Macam-macam nak buat, tapi terpaksa fokus dulu mana yang penting. Awal bulan April ni, aku ada share buat iklan berbayar dengan beberapa downline. Alhamdulillah, dah start dapat prospek dan beberapa orang dah upgrade menjadi ahli mai secawan.
Sebut pasal prospek, minggu ni sibuk sikit review dan tambah auto-message dalam autoresponder. Harap-harap bertambahlah jumlah prospek yang upgrade kepada ahli berbayar. Kena guna betul-betul the power of email marketing.
Satu lagi, just to share kepada sahabat-sahabat yang berminat untuk memahami dan seterusnya menjana wang melalui MLM internet, boleh dapatkan guide dari seorang pakar internet MLM dunia, sila ke: ----> http://www.bisnesmlmonline.com/panduan/
Oklah kena sambung working on my autoresponder.....wassalam.
Dalam mencari bisnes internet yang sesuai untuk anda dalam mencapai kebebasan kewangan, mungkin anda tercari-cari apakah bisnes yang paling sesuai untuk anda.
Antara bisnes yang paling sesuai untuk dimulakan terutamanya jika untuk dilakukan dahulu secara part time ialah Network Marketing (MLM). Harap anda tak lari bila dengar MLM, sebab ada rahsia yang akan dikongsikan di tajuk-tajuk selepas ini.
Tapi, mengapa mesti Network Marketing ? Tak de bisnes lain ke ? Memang banyak bisnes lain, tapi network marketing mempunyai keistimewaan sendiri iaitu:
1) Network marketing merupakan bisnes yang disarankan oleh dua tokoh yang tidak asing lagi dalam bidang ekonomi, iaituDonald Trumph (Apprentice) dan Robert T Kiyosaki. Kedua-duanya juga penulis buku best selling di dunia. Lihat video di bawah:
Pandangan Robert : Bisnes Network Marketing mampu menjadikan anda seorang pemilik perniagaan dan bisnes ini tiada risiko. Untuk berjaya anda kena melahirkan ramai orang berjaya. Pendapatan dalam bidang ini juga akan berterusan.
Pandangan Trumph : Bisnes ini adalah model baru kepada bisnes berbentuk francais. Kebanyakan syarikat yang tersenarai dalam FORTUNE 500 telah menambah komponen Network Marketing dalam bisnes mereka. Jadi bagi anda yang nak sertai bisnes ini, pilih satu syarikat yang terbaik
2) Murah untuk dimulakan. Internetwork marketing begitu murah untuk dimulakan. Anda tak perlu memohon pinjaman untuk memulakan bisnes ini. Untuk memulakan MLM biasanya anda perlu membayar yuran keahlian seumur hidup, di mana ada sesetengahnya hanya serendah rm30.
3) Bisnes dari rumah. Dengan adanya Internet, anda tidak perlu lagi melakukan Network Marketing cara lama. Proses penajaan, servicing malah penjualan boleh dilakukan dari rumah melalui Internet. Network marketing kini adalah bisnes internet.
4) Pendapatan berterusan. Network marketing adalah seperti anda menanam pokok durian. Jika anda jaga dengan baik pada awalnya, insyallah bila pokok itu besar, ia akan menjana pendapatan yang berterusan buat jangka masa yang lama. Walaupun ambil masa sedikit sebelum ia mula mengeluarkan hasil. Maksudnya, bila downline anda sudah boleh bergerak sendiri, anda akan terus menerus mendapat bonus walaupun mungkin ada masa-masa dimana anda berehat sebentar dari melakukan bisnes.
Ini berbeza dengan bisnes lain seperti contohnya jual burger. Anda mendapat untung hanya jika anda buat bisnes. Bila anda tak buat atau rehat seketika, anda tidak lagi mendapat hasil.
5) Industri penjagaan kesihatan dijangka mencapai jualan sedunia sebanyak USD3.6 Trillion menjelang tahun 2010. Ini kerana kesedaran manusia untuk mencegah penyakit sebelum dijangkiti. Peluang untuk mereka yang bergiat dalam Network marketing kerana banyak syarikat Network marketing memasarkan produk kesihatan
6) Risiko terlalu rendah. Disebabkan modal perniagaan ini tidaklah besar, maka jika berlaku apa-apa ruginya pun tidak sebesar mana.