Showing posts with label minyak kelapa dara hpa. Show all posts
Showing posts with label minyak kelapa dara hpa. Show all posts

Saturday, August 6, 2011

Lagi info mengenai minyak kelapa dara

Minyak Kelapa Dara mengandungi Medium Chain Triglyseride (MCT) yang hampir sama dengan lemak yang terdapat dalam air susu ibu (ASI) !!!
Dr. John J. Kabara, Professor Emeritus, Michigan State University and Consultant to Private Industries, Universities and Government Agencies, Galena, Illinois, USA http://www.coconutoil.com/John%20Kabara.pdf

" Minyak Kelapa Dara adalah Minyak Paling Menyihatkan di dunia"
Dr. Bruce Fife, Doktor Naturopati – USA

" Minyak Kelapa Dara mempunyai sifat-sifat anti-virus, anti-bakteria, anti-kulat dan anti-parasit semulajadi yang membantu mengawal berbagai penyakit"
Dr. John J. Kabara, Professor Emeritus, Michigan State University and Consultant to Private
Industries, Universities and Government Agencies, Galena, Illinois, USA.

" Minyak Kelapa Dara adalah makanan berfungsi yang memberi pelbagai khasiat kesihatan"
Dr. Mary Enig, Universiti Maryland USA


Minyak Kelapa Dara adalah 100% Organik, diakui oleh Doktor di seluruh dunia tentang khasiat minyak kelapa dara , bersifat anti virus & anti bakteria, boleh merencatkan virus HIV, tiada kolestrol, tidak menyebabkan kegemukan, menurunkan darah tinggi & kencing manis, tiada kesan sampingan, Diakui di seluruh DUNIA sebagai makanan berfungsi pada abad ke 21. Oleh itu tidak perlu diragui lagi khasiat minyak kelapa dara .

Fakta : Minyak Kelapa Dara telah mendapat pengakuan FDA di Amerika Syarikat dan dimasukkan didalam daftar GRAS (Generally Regarded As Safe) dan disahkan selamat untuk dimakan.

Thursday, August 4, 2011

Kualiti minyak kelapa dara

Apakah yang terkandung di dalam minyak kelapa dara (VCO) sehingga boleh menyembuhkan berbagai penyakit degeneratif? Pertanyaan ini sering kali muncul dalam perbualan seharian. Disebabkan itu, banyak pihak yang ingin mengkaji untuk meneliti kandungan VCO. Dari hasil beberapa kajian, ternyata minyak kelapa dara (VCO) mengandungi rantai struktur lemak / fatty asid yang kaya dengan ” lauric Oil” yang memberi kebaikan minyak kelapa dara dalam menjaga kesihatan tubuh serta sangat berkesan dalam menyembuhkan berbagai penyakit yang membawa maut, seperti kanser, penyakit jantung, obesiti, dan strok. Di samping itu, kandungan antioksidan di dalam minyak kelapa dara (VCO) adalah sangat tinggi. Sebut sahaja tokoferol dan betakaroten, ia berfungsi untuk mencegah penuaan dan menjaga keseimbangan tubuh.

Seperti yang telah diketahui oleh ramai, bahawa nenek moyang kita secara turun-temurun telah membuat minyak kelapa dalam kegiatan seharian. Namun, yang menjadi pertanyaan, apakah benar minyak tersebut boleh dikatakan sebagai minyak kelapa dara (VCO) ? Tentunya hal ini harus merujuk pada kualiti yang dibuat oleh penyelidik. Namun, sampai saat ini, penyelidik (melalui Badan Penyelidikan Nasional) belum dapat membuat kualiti yang terbaik untuk minyak kelapa dara . Sebagai rujukan, kita boleh berpegang pada Asian and Fasific Coconut Community (AFCC) dan Philipine National Standards (PNS) dengan kod PNS/BAFPS No.22:2004. Kedua-dua badan ini telah membuat standard kualiti minyak kelapa dara VCO, baik dilihat dari produk mahupun proses pembuatannya.

Kandungan asid lemak, terutamanya asid lemak rantai sedang, lebih tinggi pada minyak kelapa dara (VCO) dibandingkan dengan minyak kelapa. Asid lemak rantai sedang inilah yang berkhasiat sebagai ubat. Asid lemak yang paling penting di antaranya lauric asid (C-12), capric asid (C-8),dan asid miristat (C-14).

Menurut AFCC, proses pembuatan minyak kelapa dara (VCO) tidak melihat kepada proses dengan pemanasan atau tidak. Hal yang terpenting iaitu minyak kelapa dara (VCO) dihasilkan dari kelapa segar dan sudah matang serta hasil yang diperolehinya (minyak) tidak berubah. Oleh yang demikian, minyak kelapa yang dihasilkan dengan tradisional dan pemanasan bertingkat masih boleh dikategorikan sebagai minyak kelapa dara (VCO). Namun, PNS memberikan kualiti yang lebih tepat lagi, di antaranya iaitu bahawa minyak kelapa dara (VCO) tidak dihasilkan melalui proses kimia refining, deodorizing dan bleaching (RDB).


Saturday, April 9, 2011

Minyak Kelapa Dara (VCO) Softgel daripada HPA

Minyak Kelapa Dara atau Virgin Coconut Oil (VCO) boleh diguna untuk mendapatkan tubuh yang langsing dan kulit menawan. Ini kerana kandungannya tinggi nurisi dan dihasilkan daripada pati kelapa dara organik yang bebas kolesterol. Penggunaan yang berterusan akan mengurangkan kadar kolesterol tidak baik, low-density lipoproteins (LDL) dan meningkatkan kolesterol baik, high-density lipoproteins (HDL).


Antara khasiat minyak kelapa dara (VCO) :
•membantu mengurangkan risiko kanser

•membantu menyingkirkan batu karang dan batu hempedu serta mengawal diabetes

•meningkatkan sistem imunisasi badan

•meningkatkan sistem penghadaman, penyerapan nutrien, kadar metabolisme dan pembakaran lemak

•memudahkan proses bersalin

•mengurangkan risiko arterioklerosis dan penyakit jantung

•memperbaiki dan memulihkan struktur kulit yang rosak

•menolong meningkatkan pertumbuhan rambut dan mengurangkan kelemumur

•membantu mencegah osteoporosi

Sumber: http://hpa.com.my/hpanews/




======================================

Panduan/Petua/Artikel Berkaitan VCO Tulisan Tn Haji Ismail, Pengarah Urusan HPA


LDL penyebab sakit jantung.

LDL dikenali sebagai kolestrol buruk yang boleh menyebabkan berlakunya ketersumbatan dalam arteri darah terutama di jantung. Biasanya LDL di kurangkan dengan peningkatan HDL . Banyak herba dalam HPA yang berfungsi bagi mengurangi LDL iaitu omega 3 soft gel,VCO soft gel dan Minyak zaitun Soft . Pengambilan mestilah istiqamah dengan setiap jenis tidak kurang dari dos 2×3 sehari.

Minyak ikan yang mengandungi omega 3 yang tinggi sangat berkesan sama ada dalam bentuk soft gel ataupun kapsul. Jika disinergikan dengan herba tuju angin kapsul ia menjadi lebih berkesan. Salah satu tanda LDL yang tinggi seseorang itu menjadi cepat marah dan berlakunya penyakit darah tinggi.

Terjadinya plak di gigi juga sebagai petanda terbentuknya penompokan plak dijantung akibat dari LDL yang terlalu tinggi.


VCO untuk berat badan yang ideal.

Memang benar vco sangat baik untuk masalah pencernaan terutama kanak-kanak dan masalah Tairoid yang biasa berlaku pada orang dewasa.Kedua masalah ini boleh menyebabkan berlakunya gejala kurus dan keadaan ini diatasi dengan VCO.

Bagi mereka yang sehat tetapi mempunyai berat badan yang berlebihan vco bertindak mengurangi LDL dan lemak badan .Ini menjadikan berat badan sesaorang itu ideal disamping membuang selulit pada tubuh.Jangan bimbang mengambil minyak kelapa dara hpa kerana disamping itu ianya sangat baik untuk mengelak berlakunya penyakit kardiovaskular.(jantung dan darah tinggi). InsyaAllah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...