Thursday, March 12, 2009

Mengapa Network marketing ? Takde bisnes lain ke ?

Dalam mencari bisnes internet yang sesuai untuk anda dalam mencapai kebebasan kewangan, mungkin anda tercari-cari apakah bisnes yang paling sesuai untuk anda.

Antara bisnes yang paling sesuai untuk dimulakan terutamanya jika untuk dilakukan dahulu secara part time ialah Network Marketing (MLM). Harap anda tak lari bila dengar MLM, sebab ada rahsia yang akan dikongsikan di tajuk-tajuk selepas ini.

Tapi, mengapa mesti Network Marketing ? Tak de bisnes lain ke ? Memang banyak bisnes lain, tapi network marketing mempunyai keistimewaan sendiri iaitu:

1) Network marketing merupakan bisnes yang disarankan oleh dua tokoh yang tidak asing lagi dalam bidang ekonomi, iaitu Donald Trumph (Apprentice) dan Robert T Kiyosaki. Kedua-duanya juga penulis buku best selling di dunia. Lihat video di bawah:



Pandangan Robert : Bisnes Network Marketing mampu menjadikan anda seorang pemilik perniagaan dan bisnes ini tiada risiko. Untuk berjaya anda kena melahirkan ramai orang berjaya. Pendapatan dalam bidang ini juga akan berterusan.

Pandangan Trumph : Bisnes ini adalah model baru kepada bisnes berbentuk francais. Kebanyakan syarikat yang tersenarai dalam FORTUNE 500 telah menambah komponen Network Marketing dalam bisnes mereka. Jadi bagi anda yang nak sertai bisnes ini, pilih satu syarikat yang terbaik

2) Murah untuk dimulakan. Internetwork marketing begitu murah untuk dimulakan. Anda tak perlu memohon pinjaman untuk memulakan bisnes ini. Untuk memulakan MLM biasanya anda perlu membayar yuran keahlian seumur hidup, di mana ada sesetengahnya hanya serendah rm30.

3) Bisnes dari rumah. Dengan adanya Internet, anda tidak perlu lagi melakukan Network Marketing cara lama. Proses penajaan, servicing malah penjualan boleh dilakukan dari rumah melalui Internet. Network marketing kini adalah bisnes internet.

4) Pendapatan berterusan. Network marketing adalah seperti anda menanam pokok durian. Jika anda jaga dengan baik pada awalnya, insyallah bila pokok itu besar, ia akan menjana pendapatan yang berterusan buat jangka masa yang lama. Walaupun ambil masa sedikit sebelum ia mula mengeluarkan hasil. Maksudnya, bila downline anda sudah boleh bergerak sendiri, anda akan terus menerus mendapat bonus walaupun mungkin ada masa-masa dimana anda berehat sebentar dari melakukan bisnes.

Ini berbeza dengan bisnes lain seperti contohnya jual burger. Anda mendapat untung hanya jika anda buat bisnes. Bila anda tak buat atau rehat seketika, anda tidak lagi mendapat hasil.
5) Industri penjagaan kesihatan dijangka mencapai jualan sedunia sebanyak USD3.6 Trillion menjelang tahun 2010. Ini kerana kesedaran manusia untuk mencegah penyakit sebelum dijangkiti. Peluang untuk mereka yang bergiat dalam Network marketing kerana banyak syarikat Network marketing memasarkan produk kesihatan
6) Risiko terlalu rendah. Disebabkan modal perniagaan ini tidaklah besar, maka jika berlaku apa-apa ruginya pun tidak sebesar mana.

Friday, February 13, 2009

Internetwork Marketing - perkahwinan campur yang unik

Internetworking Marketing, satu konsep yang aku rasa mungkin takdelah baru sangat tapi jarang2 digunakan term ni walaupun dah banyak konsep digunakan.

Term ni merupakan perkahwinan campur antara Network marketing (MLM) + Internet. Dua elemen yang akan menjadi antara perkara utama terutama kepada mereka yang ingin menjalankan bisnes internet.

------------------------------------------------------------------
Network Marketing (MLM) tetap menjadi pilihan ramai kerana:
------------------------------------------------------------------

i) Bisnes yang murah untuk disertai dan dijalankan

ii) Industri ini telah mengaut keuntungan lebih
US$100 bilion

iii) Disenarai antara 3 industri paling penting
untuk abad ke-21

iv) 35% jutawan malaysia adalah jutawan MLM

v) Bisnes yang disarankan oleh Robert Kiyoski
dan Donald Trumph

------------------------------------------------------------------------
Bagaimana Internet boleh menolong menjalankan Network Marketing :
------------------------------------------------------------------------

i) Untuk mereka yang segan/tak suka nak call sedara or member2 untuk join bisnes yang tengah dijalankan.

ii) Beroperasi 24 jam dengan laman web. Sesiapa sahaja boleh mendapat info di laman web anda bila-bila masa sahaja.

iii) Prospek berterusan hanya melalui hujung jari anda dan dari keselasaan rumah anda. Tanpa
perlu bersemuka anda mampu mendapatkan prospek, malah mungkin ketika anda sedang berehat atau mungkin tidur

iv) Membuat follow up prospek anda secara automatik dan tersusun melalui tool seperti autoresponder

v) Lebih masa bersama keluarga


Kalau nak malumat lanjut lagi, korang boleh search kat Internet, Internetwork marketing. Banyak maklumat korang akan jumpa. Mulakan langkah pertama bisnes internet anda !

Sunday, February 1, 2009

Autoresponder, akhirnya siap juga aku setup..

Setelah bertungkus lumus beberapa hari untuk memasang sendiri
autoresponder di web hosting yang aku sewa, akhirnya berjaya
juga aku setup. Ada problem sket bila nak setup 'cron job' kat
web hosting. Tapi solve gak, silap script sket.

Kepada yang otai mungkin kejap je buat, tapi sebagai first timer
memang kelam kabut sket bro. Nasib baik ada panduan web
jualan dari Sdr Amirul yang aku beli dari salah sorang reseller
beliau.

Sebenarnya aku nak guna autoresponder ni untuk salah satu bisnes
Internet MLM aku. Nak memudahkan aku follow-up prospek.
Dulu tak organize sket bila nak buat email follow-up. Dan banyak
yang tak terfollowup.

Autoresponder follow up secara automatik semua prospek.
Ada je prospek masuk, aku terus masukkan dia dalam sistem
autoresponder tu. Nanti dia akan dapat email follow up aku
2-3 hari skali secara automatik. Kurang sket pening kepala aku
dalam buat kerja dari rumah ni.

Friday, December 19, 2008

Mindset terhadap Network Marketing (MLM)

Sila download ebook di bawah:
Membina masa hadapan melalui MLM

Tuesday, November 4, 2008

Video lengkap, Asas bisnes Internet oleh 5 pakar IM Malaysia

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti

E-book dah ada, kursus dah ada, dan yang tekini ( dah lebih kurang dua bulan kot.)konsep pembelajaran melalui video telah diperkenalkan kepada pasaran bisnes internet malaysia. Tahniah kepada team jom seminar ( Yusry, Alang, Gobala, Syed Ikhwan, fuad ) kerana telah menghasilkan video pembelajaran bisnes secara santai. So, takdelah tension bila belajar cara ni.

Aku pun dah dapatkan dalam minggu lepas. Tapi belum habis tengok lagi. Aku terus ke bahagian aku perlu dulu. Dalam masa terdekat ni aku nak khatamkan video ni, sebab setakat yang aku tengok pun dah banyak info dan tips yang sifu2 jom seminar kongsikan.

Bagi aku video ni sesuai untuk semua lapisan pengamal bisnes internet bila aku tengok dari segi tajuk-tajuk yang di cover. Yang baru pun ok, sebab bila aku tengok certain-certain tajuk, sifu-sifu ada berikan dulu maklumat asas atau definasi jargon-jargon utama supaya yang beginner tak pening bila dibincangkan lebih lanjut. Tajuknya pun dah memang panduan asas lengkap..

Kepada yang ingin tahu lebih lanjut atau menguatkan lagi 'foundation' bisnes internet, cepat-cepatlah dapatkan video usahawan ni sebelum harga dinaikkan kepada kadar Rm100++. Aku pun sempat beli pada harga fasa 2, lebih Rm30 dari fasa tu. So, apa lagi bro ? Sila klik banner di bawah:

klik di sini untuk mengetahui kaedah menjana pendapatan internet yang terbukti
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...