Showing posts with label buasir selepas bersalin. Show all posts
Showing posts with label buasir selepas bersalin. Show all posts

Friday, September 21, 2012

Atasi Masalah Buasir Lepas Bersalin

Sedikit perkongsian mengenai buasir selepas bersalin untuk pengetahuan semua dan semoga memberi manafaat untuk mengatasi masalah buasir ini
Sumber: Editorial PaMa
Tarikh: 6 Disember 2011


Kebanyakan ibu selepas bersalin mengalami buasir. Hal ini dapat dikesan melalui bengkak yang terjadi pada saluran dubur. Pembengkakan yang berlaku di bahagian tersebut disebabkan oleh pengembangan saluran darah di dubur ataupun ketumbuhan sel-sel yang melapisi saluran dubur.

Kebiasaannya anda berasa sakit hasil daripada tekanan otot dubur ke atas bengkak. Apabila hal ini terjadi, ia menyebabkan proses pembuangan air besar menjadi sukar. Selain itu, pendarahan sewaktu membuang air besar juga boleh berlaku. Ini disebabkan oleh luka yang terjadi apabila najis keras bergesel dengan buasir.

Bagi yang mengalami buasir selepas melahirkan, masalah ini biasanya terjadi akibat daripada amalan meneran sewaktu membuang air besar yang disebabkan oleh sembelit ataupun najis keras. Selain daripada itu, masalah cirit-birit, batuk teruk, berdiri dan duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama serta kekerapan mengangkat benda berat turut boleh menjurus kepada masalah buasir.

Boleh Terjadi Serentak
Dalam pada itu, terdapat dua jenis buasir yang perlu diketahui. Ia merujuk kepada buasir dalaman iaitu buasir yang tertumpu pada bahagian dalam saluran dubur. Lazimnya, buasir ini tidak menyebabkan sakit ataupun gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum dan tidak merbahaya. Namun, kekerapan anda meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir dan menyebabkannya berdarah.

Manakala buasir luaran pula merupakan jenis penyakit buasir yang merupakan bengkak yang terjulur keluar dari bahagian dubur dan mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit, bekalan darah akan terputus dan pembekuan darah akan terjadi di dalamnya sehingga menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala sebeginilah yang mendorong anda untuk mendapatkan rawatan perubatan sewajarnya. Fakta menarik yang perlu anda tahu ialah kedua-dua jenis buasir ini boleh berlaku secara serentak ataupun berasingan.

  


Pelega Buasir
Walau apa pun keadaannya, anda perlu terlebih dahulu mengenal pasti penyebab buasir yang dialami. Tiada gunanya merawat buasir jika anda berterusan mengamalkan faktor-faktor yang boleh mencetuskan semula masalah yang sama.

Anda disaran untuk kerap mengambil minuman bagi memastikan najis tidak keras. Selain daripada itu, amalkan pemakanan seimbang yang mengandungi banyak serat dalam menu seharian berupaya mencegah buasir daripada menjadi lebih teruk.

Amalan kebersihan diri amat penting terutamanya di bahagian dubur. Anda digalakkan agar lebih kerap mencuci kawasan berkenaan dengan menggunakan sabun dan air setiap kali membuang air besar. Paling penting, amalan pembuangan air besar yang baik setiap hari.

Anda boleh merendamkan diri dalam air suam di antara dua atau tiga kali sehari selama 10 hingga 15 minit. Ini bertujuan mengecutkan bengkak di bahagian dubur. Antara lain, garam mandian juga boleh digunakan. Ia turut mempunyai fungsi yang sama dengan air suam iaitu berupaya mengecutkan kawasan dubur yang bengkak.

Sekiranya cara yang disyorkan tidak dapat membantu, ubat dapat membantu. Terdapat beberapa jenis ubat yang mempunyai fungsi berlainan. Contohnya ubat yang boleh melembutkan najis iaitu lactulose ataupun forlax. Bagi mengecutkan buasir pula, anda boleh menggunakan daflon. Bagi mengurangkan kesakitan dan mengecutkan dubur pula, gunakan ubat jenis suppositories. Walau bagaimanapun, jika setiap kaedah yang dinyatakan tidak berjaya, anda perlu menjalani pembedahan seperti rubber banding atau haemorrhoidectomy bagi memulihkan keadaan.

Pencegahan Awal
Bagi memastikan anda tidak menghadapi seksa akibat sembelit, anda perlu melakukan langkah pencegahan sejak daripada hamil lagi. Dengan yang demikian, ia dapat mengelakkan sebarang simptom berkaitan buasir.

Sehubungan itu, perubahan hormon progesteron sering kali menyebabkan pergerakan usus bertambah perlahan. Ini bagi membolehkan lebih banyak penyerapan makanan berlaku. Walau bagaimanapun, penyerapan air turut bertambah dan ia menyebabkan sembelit mudah berlaku.

Harus diingat! Masalah sembelit sewaktu hamil menjadi bertambah teruk kerana anda kurang bersenam, mengabaikan pengambilan zat besi tambahan, makanan berserat tinggi dan air yang mencukupi.

Oleh yang demikian, adalah penting untuk anda mengamalkan pemakanan yang cukup serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin sejak daripada awal kehamilan lagi. Dalam pada itu, senaman ringan adalah amalan baik untuk mengurangkan sembelit yang boleh menyebabkan buasir.

Wednesday, September 19, 2012

Cara mengatasi buasir secara ringkas

Post kali ini saya ingin menerangkan secara ringkas cara-cara yang boleh diamalkan untuk mengatasi buasir. Semoga beberapa tips ringkas ini akan dapat membantu mengelakkan penyakit buasir yang menyeksakan ini.
Jika kita mengalami kesakitan selepas membuang air besar ataupun najis keluar beserta darah, ini mungkin menandakan anda telah mengalami masalah buasir.

Walaupun begitu, biasanya tidak ramai yang sanggup membincangkan masalah ini dengan secara terbuka kerana penyakit buasir dianggap memalukan. Walau bagaimanapun, pendarahan ketika buang air besar tidak semestinya disebabkan buasir saja. 


Di bawah adalah beberapa faktor boleh menyebabkan masalah buasir, iaitu:

1. Sembelit.

2. Keturunan.

3. Mengandung, melahirkan anak dan sindrom sebelum haid (bagi sesetengah wanita).

4. Pengambilan alkohol dan merokok.

Juga penyakit buasir ini boleh disebabkan oleh sebarang aktiviti yang boleh meningkatkan tekanan darah pada rektum (bahagian hujung usus besar) seperti kanser rektum, pemakanan rendah serat, obesiti dan penyakit hati yang serius.

Walaupun penyakit buasir boleh diubati dengan rawatan buasir yang sesuai, tetapi adalah lebih mudah untuk mencegahnya melalui:

1. Mengelakkan makanan pedas dan berempah.

2. Jangan minum minuman keras.

3. Kurangkan pengambilan kafein.

4. Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.

5. Minum banyak air sekurang-kurangnya satu liter sehari.

6. Banyakkan makan makanan yang banyak serat seperti bijirin.

7. Cuba tetapkan jadual ke tandas.

8. Kerap bersenam.
Semoga tips ringkas diatas boleh menjadi amalan untuk mencegah buasir daripada berlaku. Tetapi jika berlaku juga, dapatkan ubat buasir yang sesuai untuk mengelakkan buasir mencapai tahap buasir kronik. Antara yang mujarab adalah produk buasir hpa


Mengatasi buasir dengan herba, klik dibawah

rawatan buasir tradisional

Saturday, September 15, 2012

Ubat BUASIR 2013 untuk 1Malaysia

Ubat BUASIR mujarab 2013 berasaskan pengalaman HPA lebih 20 TAHUN dalam dunia HERBA


Selamat datang ke blog bisnes saya ini. Blog ini adalah penerangan mengenai buasir dan ubat buasir yang saya edarkan iaitu ubat buasir hpa. Saya telah mengedarkan produk ini sejak 2009 dan Alhamdulillah telah menerima banyak feedback positit dari pengguna.

Maklumat lanjut ubat buasir mujarab

sila klik sini

 

Blog ini saya bina untuk.mengembangkan lagi kaedah pemasaran ubat buasir mujarab ini yang merupakan salah satu daripada produk - produk hpa . Saya harap dengan ini akan dapat mendekati lebih ramai pesakit buasir. Dengan ini akan dapat membantu mereka mendapatkan ubat buasir alternatif kepada kaedah moden.

Rawatan buasir hpa adalah berasaskan herba melayu yang telah diproses kepada bentuk yang mudah digunakan. Kaedah pemprosesan adalah berasaskan pengalaman lebih 20 tahun hpa dalam bidang herba. Kaedah yang digunakan menunjukkan kesan yang baik khususnya untuk ubat buasir. Selain itu rawatan buasir ini juga selamat digunakan kerana mendapat pengesahan kementerian kesihatan.


Maklumat lanjut ubat buasir mujarab

sila klik sini


Jika anda salah seorang penghidap penyakit buasir, jangan lupa untuk mencuba kaedah rawatan buasir herba yang telah terbukti berkesan. Kaedah moden bukanlah hanya satu-satunya kedah merawat buasir yang ada. Untuk kes buasir kronik, herba buasir hpa mungkin dapat membantu mengelakkan kaedah pembedahan digunakan.

Saturday, February 5, 2011

Herba penawar buasir hpa, semulajadi dan ekonomik


Herba penawar buasir secara herba adalah antara pilihan yang tidak sepatutnya diabaikan oleh pesakit buasir biasa mahupun buasir kronik. Penawar buasir herba yang bersesuaian, dalam sesetengah kes akan dapat mengelakkan pesakit buasir kronik daripada terpaksa menjalani pembedahan.
HPA juga mempunyai penawar buasir tersendiri bagi mengatasi masalah buasir melalui sinergi beberapa produk hpa iaitu ficus dan teh asiatica. Penawar buasir HPA telah terbukti untuk mengatasi berbagai kategori buasir, daripada buasir biasa, buasir berdarah sehinggalah kepada buasir kronik.
Jika anda mengalami masalah penyakit buasir dan sedang mencari penawar buasir yang sesuai, penawar buasir hpa boleh mejadi pilihan anda, bukan sahaja kerana keberkesanan tapi juga kos yang murah. Untuk maklumat lanjut, sila ke:

 Maklumat lanjut , sila ke :

http://www.ubatbuasir.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...